William John Butterworth

William John Butterworth

CB
Gabenor Negeri-Negeri Selat ke-5
Dalam jawatan
Ogos 1843 – 21 Mac 1855
RajaRatu Victoria
Didahului olehSir Samuel George Bonham
Digantikan olehEdmund Augustus Blundell
Butiran peribadi
Lahir10 Jun 1801
Meninggal dunia4 November 1856(1856-11-04) (umur 55)
IbuAnn Hodgkinson
BapaKpt. William Butterworth
ProfesionPegawai tentera, pentadbir

Mejar Jeneral William John Butterworth CB (10 Jun 1801 – 4 November 1856) merupakan Gabenor Negeri-Negeri Selat dari Ogos 1843 hingga 21 Mac 1855.[1]

Kota Butterworth di negeri Pulau Pinang, Malaysia dinamakan sempena beliau.

Biografi

Awal hidup

William John merupakan anak kepada Kapten William Butterworth RN, seorang perajurit yang terkorban dalam Pertempuran Trafalgar 1805, dan isterinya Ann Hodgkinson.

Kerjaya dalam empayar

William John menyertai Tentera India British di markas Madras di mana beliau berpangkat leftenan kolonel dalam Rejimen Madras ke-38.

Beliau dilantik sebagai Gabenor Negeri-Negeri Selat pada bulan Ogos 1843.[1] Jawatan beliau masih dikekalkan meskipun pentadbiran Negeri-Negeri ini dipindahkan dari wewenang Gabenor Bengal kepada Gabenor Jeneral India tahun 1851.

Dalam tampuk pemerintahan ini, William turut bertanggungjawab mendirikan Kor Relawan Singapura (Singapore Volunteer Corps),[2] sebuah pasukan militia yang ditugaskan mengawal keselamatan persekitaran jajahan pulau tersebut - ia merupakan duluan kepada Angkatan Bersenjata Singapura. Beliau dinaikkan pangkat kepada Mejar Jeneral atas sumbangan ini tahun 1855.[3]

Rujukan

  1. ^ a b Ben Cahoon. "Singapore". worldstatesmen.org. Dicapai pada 28 June 2014.
  2. ^ Corfield, Justin. Historical Dictionary of Singapore. Scarecrow Press, Inc. ISBN 9780810873872. Dicapai pada 28 June 2014.
  3. ^ "No. 6465". The Edinburgh Gazette. 9 February 1855. m/s. 163.