Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah

Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah
Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang
Raja Permaisuri Agong ke-16
Pemerintahan31 Januari 2019 – 30 Januari 2024
Pertabalan30 Julai 2019
Didahului olehTuanku Hajah Haminah
Diikuti olehRaja Zarith Sofiah
Tengku Ampuan Pahang
Pemerintahan22 Januari 2019 - kini
Pemasyhuran29 Januari 2019
Didahului olehSultanah Hajah Kalsom (sebagai Sultanah)
Tengku Puan Pahang
Pemerintahan6 Mac 1986 – 22 Januari 2019
Pelantikan6 Mac 1986
Didahului olehTengku Hajah Afzan
Diikuti olehkosong
KeputeraanTunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Tunku Mahmood Iskandar
(1960-08-05) 5 Ogos 1960 (umur 63)
(umur 63 tahun, 10 bulan dan 15 hari
Istana Bukit Stulang, Johor Bahru, Johor, Persekutuan Tanah Melayu (Kini Malaysia)
PasanganAl-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (k. 1986)
Anakanda
AyahandaSultan Iskandar
BondaEnche’ Besar Hajah Khalsom (Josephine Ruby Trevorrow)
Kerabat Diraja
Pahang
YABhg. Che Puan Julia binti Abdul Rais
  • YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan
    YHM Tengku Dato' Sri Abu Bakar Ahmad
    • YM Tengku Zayn Edin Shah
    • YM Tengku Aleya Norlini
  • YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilisha Ameera
  • YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilyana

YAM Che Puan Besar

  • YAM Tengku Muda
    YABhg. Che Puan Muda
    • YM Tengku Eddie Akasya
    • YM Tengku Ahmad Firhan Shah
    • YM Tengku Armaan Alam Shah
    • YM Tengku Ameera Asya
  • YAM Tengku Arif Temenggong
  • YAM Tengku Puteri Seri Lela Wangsa Tengku Meriam
    YDH Dato’ Sri Mohamad Toufic Al-Ozeir
    • YM Tengku Dato’ Indera Nurul Kamalia Tengku Besar Tengku Kamil Ismail
      YH Dato’ Ahmad Najmi
      • YM Puteri Nadra Raniya
      • YM Puteri Shakira Nurjenna
    • YM Tengku Dato’ Indera Madina Kamalia Tengku Besar Tengku Kamil Ismail
    • YM Tengku Dato’ Indera Madihah Shahzan Kamilah Tengku Besar Tengku Kamil Ismail
    • YHM Dato’ Setia Pahlawan Tengku Dato’ Indera Aidy Ahmad Shah Tengku Besar Tengku Kamil Ismail
      YBhg. To' Puan Setia Datin Indera Mai Nurliyana Meyor Hamdan
      • YM Tengku Abdullah Amir Ahmad Shah
    • YM Puteri Noor Afzan Mohamad Al Ozeir
  • YAM Tengku Puteri Seri Teja Tengku Muhaini
    YABhg. Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj. Affendi Buang TUDM
    • YM Dato’ Indera Puteri Munawarah Syammiyah Munir
    • YM Dato’ Indera Tun Putera Matin Ahmad Shah Munir
      YBhg. Datin Indera Aida Rakhimova
      • YM Tun Putera Miran Shah
    • YM Dato’ Indera Tun Putera Muhammad Abu Bakar Munir
    • YM Dato’ Indera Tun Putera Abdul Mubin Shah Munir
      YBhg. Datin Indera Saskia Natrah Schwarz
  • YAM Tengku Puteri Seri Kemala Tengku Aishah
    • YM Dato’ Indera Tunku Syazwan Kaiyisah
      YH Dato’ Wan Putera Shahril
      • YM Tun Putera Shakeel Abdullah Shah
      • YM Tun Putera Khyrie Ahmad Shah
    • YM Tun Putera Ahmad Aizuddin Shah
    • YM Puteri Afzan Shakira Nabila
      YBhg. Encik Khairul Fahmy
      • YM Khaira Alayna
  • YAM Tengku Puteri Seri Lela Manja Tengku Nong Fatimah
    • YHM Che Puan Panglima Puteri Suraiya Afzan
      YAM Tengku Panglima Raja Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah
      • YM Tengku Adam Ibrahim Shah
      • YM Tengku Sulaiman Abdullah Shah
      • YM Tengku Nuh Mohamed Shah
    • YM Dato’ Indera Tun Putera Yasir Ahmad Shah
      YBhg. Datin Indera Diyana Hazmi
    • YM Tun Putera Iskandar Alam Shah
  • YAM Tengku Puteri Seri Bongsu Tengku Shahariah
    YDH Dato’ Indera Omar Naresh
    • YM Puteri Amida Afsha Afzan
      YBhg. Wan Putera Shahjuan
    • YM Puteri Ameera Azwa Asyarah
Kerabat luas diraja

Almarhum Tengku Arif Bendahara Tengku Tan Sri Abdullah ibni Sultan Abu Bakar

  • YHM Tengku Dato’ Sri Abu Bakar Ahmad
  • YM Tengku Dato’ Sri Marsilla
  • YM Tengku Shaheera

YAM Tengku Seri Nila Utama Tengku Nong Soraya


  • YM Tengku Shahreza
  • YM Tengku Hassanal Badr
  • YM Tengku Ibrahim
  • YM Tengku Nazaruddin Wazir
  • YM Tengku Shahnaz
  • YM Tengku Iman
  • YM Tengku Sofia
  • YM Tengku Farah Dina

YAM Tengku Panglima Besar
YAM Tengku Puan Panglima Besar & Tunku Puteri Negeri Sembilan

YM Tengku Kamal Bahrin ibni Almarhum Sultan Abu Bakar

YM Tengku Sulaiman ibni Almarhum Sultan Abu Bakar

YM Raja Abu Bakar Shah bin Raja Dato’ Jalil Shah
  • l
  • b
  • s

Kebawah Duli Paduka Baginda Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj (Jawi: تونكو عزيزه امينه ماءيمونه إسكندرايه بنت المرحوم سلطان إسكندر الهاجcode: ms is deprecated ; diputerakan pada 5 Ogos 1960) merupakan Tengku Ampuan Pahang yang ke-5 dan Raja Permaisuri Agong ke-16.[1] Baginda ialah permaisuri kepada Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Kehidupan awal

Tunku Azizah diputerakan pada Hari Jumaat, 5 Ogos 1960 Masihi, bersamaan dengan 11 Safar 1380 Hijrah di Istana Bukit Stulang, Johor Bahru dan merupakan puteri ketiga kepada pasangan Sultan Iskandar ibni Sultan Ismail bersama isterinya, Enche’ Besar Hajah Kalsom. Baginda yang mempunyai darah kacukan Melayu dan Inggeris ini mempunyai empat orang adik-beradik. Kekanda baginda merupakan Sultan Johor iaitu Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar.

Kebawah Duli Paduka Baginda Tunku Azizah memulakan pendidikan awal baginda di Sekolah Taman Kanak-kanak Tunku Ampuan Mariam Johor Bahru (1962-1966). Baginda kemudian meneruskan pendidikan baginda di Sekolah Perempuan Rendah Sultan Ibrahim dan mendapatkan pendidikan menengah baginda di Sekolah Tun Fatimah (1973-1979), kedua-duanya di Johor Bahru. Seterusnya di antara tahun 1980 hingga 1986 Baginda telah mengikuti pelbagai kursus antaranya di Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru dan Kursus Sains Politik dan Kemasyarakatan di Universiti Kebangsaan Singapura.[2]

KDYMM Tunku Azizah juga terkenal dengan minatnya yang mendalam terhadap bidang masakan dan pernah mengeluarkan buku resipinya sendiri, "Air Tangan Tengku Puan Pahang" (kini "Air Tangan Tengku Ampuan Pahang") dan "Masakan Tradisional Pahang". Baginda juga sering turun padang berkenan menyantuni dan memasak untuk mangsa-mangsa banjir di Pahang.[3]

Perkahwinan

Tunku Azizah telah bertemu jodoh dengan Tengku Abdullah yang ketika itu bergelar KDYTM Tengku Mahkota Pahang.[4] Baginda kali pertama berjumpa dengan suaminya ketika masing-masing berusia 12 tahun dan 13 tahun.[5] Pengantin Diraja Pahang dan Johor ini telah diljab kabulkan pada 6 Mac 1986 di Masjid Negeri Sultan Abu Bakar, Johor dan Istiadat Membatalkan Air Sembahyang telah diadakan di Istana Bukit Serene. Selepas baginda berdua mendirikan rumah tangga, Tunku Hajah Azizah dikurniakan gelaran sebagai Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang.

Aktiviti dan minat

Tunku Azizah sangat meminati kerja-kerja kreatif seperti menjahit dan menenun. Baginda telah mengangkat Tenun Pahang dengan memasyhurkannya sebagai Tenun Pahang Diraja. Perkembangan industri ini dipantau гарі melalui Badan Penasihat Pembangunan Tenun Pahang Diraja.

Kebawah Duli Paduka Baginda juga telah berkenan menubukan Institut Kemahiran Tenun Pahang Diraja Tengku Ampuan Besar Meriam bagi melatih golongan muda khasnya untuk memartabatkan Tenun Pahang Diraja di Kompleks Budaya dan Kraftangan Pulau Keladi pada 2010 selain turut mengasaskan Yayasan Tenun Pahang Diraja. Selain itu, Baginda juga telah mengasaskan projek Tenun Pahang Diraja yang diusahakan di Penjara Penor, Pahang. Malah, Baginda turut menubuhkan syarikat menghasil dan menjual kain tenun yang dikenali sebagai CHEMINAHSAYANG.

Tunku Azizah cukup pakar dalam bidang seni jahitan, mengait, jahitan silang (cross stitch) dan sulaman. Kepakaran dan bakat semulajadi yang dianugerahkan kepada Baginda amat dikagumi dan menjadi inspirasi kepada semua wanita.

Justeru, Baginda berbesar hati berkongsi kepakaran itu dengan menubuhkan Kelab jahitan di Kuantan pada awal tahun 1990-an dalam usaha mengajar teknik seni jahitan yang lebih halus. Inisiatif Baginda menubuhkan pusat jahitan melalui Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (Wl) pada tahun 2006 membuka lembaran baharu kepada golongan wanita untuk belajar menjahit demi menambah pendapatan.

Baginda juga terkenal dengan kemahiran memasak pelbagai jenis sajian. Atas minat yang sangat mendalam terhadap bidang masakan ini, Baginda telah menubuhkan Sekolah Masak Tunku Azizah WI Negeri Pahang serta berjaya menghasilkan buku resipi 'Air Tangan Tengku Puan Pahang' pada 2005 dan dua buku resipi lain iaitu Air Tangan Tengku Puan Pahang - Masakan Tradisional Pahang' dan Air Tangan Tengku Puan Pahang - Manisan Tradisional Pahang' pada 2018. Kini, buku masakan tersebut dijenamakan semula sebagai Air Tangan Tengku Ampuan Pahang. Selain itu, baginda juga telah dilantik sebagai Penaung Diraja Persatuan Jurumasak Pantai Timur dan Malaysia.

Baginda turut bergiat aktif dalam aktiviti persatuan beruniform Pandu Puteri dan telah dilantik memegang beberapa jawatan di peringkat nasional mahupun antarabangsa. Antara jawatan yang pernah disandang oleh Baginda adalah Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) cawangan Pahang, Naib Yang Dipertua PPPM Peringkat Kebangsaan (1999-2011).

Pada tahun 2005, Baginda telah dilantik sebagai Penaung Diraja, Friends of Asia Pacific WAGGGS (FAPW) yang membabitkan keahlian merangkumi 27 buah negara di Rantau Asia Pasifik. Atas komitmen Baginda dalam memartabatkan golongan wanita pula, Baginda dilantik sebagai Presiden Serantau untuk Asia Tenggara dan Timur Jauh bagi Persatuan Wanita Desa Sedunia dari tahun 2010 hingga 2016. Sebelum itu Baginda adalah Timbalan Presiden Persatuan Wanita Desa Sedunia, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi tahun 2007 hingga 2010. Sebagai Ahli Lembaga Pengarah The Olave Baden-Powell Society laitu satu pertubuhan wanita yang berpengaruh di seluruh dunia, Baginda bertekad mengembangkan potensi anak-anak gadis dan wanita ke persada antarabangsa dalam bidang Pandu Puteri.

Pada tahun 1989, Baginda dilantik sebagai Presiden Women's Institute of Pahang yang menjadi organisasi wanita pertama yang ditubuhkan di negara ini. Baginda telah membawa persatuan ini shingga ke peringkat antarabangsa dan didaftarkan sebagai ahli Associated Country Women of the World (ACWW), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang menggabungkan 10 juta ahli dari 70 buah negara seluruh dunia.

Sebagai Presiden Serantau dan Timbalan Presiden Jawatankuasa Bangsa-Bangsa Bersatu Baginda telah menghadiri lima persidangan sedunia Persatuan Wanita Desa Dunia di Tasmania, Australia; Arkansas, Amerika Syarikat; Finland, India, United Kingdom dan beberapa persidangan serantau. Baginda turut dinamakan sebagai calon Presiden ACWW pada persidangan di Melbourne, Australia yang dijadualkan pada April 2019. Namun Baginda terpaksa menarik diri kerana komitmen Baginda ketika ini.

Baginda juga bertekad untuk membantu wanita yang mempunyai masalah untuk memperoleh cahayamata dengan menubuhkan Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAFF) pada tahun 2004. Sehingga kini seramai 493 pasangan telah mendapat manfaat daripada penajaan prosedur perubatan yang dibiayai sepenuhnya oleh TAFF dan 115 bayi telah berjaya dilahirkan menerusi kaedah ini.

Penaung

Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang merupakan penaung diraja bagi beberapa organisasi, antaranya:

  • Penaung Persatuan Pandu Puteri Malaysia
  • Presiden Persatuan Pandu Puteri Negeri Pahang
  • Pengerusi Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (WI) Negeri Pahang
  • Pengerusi Seumur Hidup Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (Tunku Azizah Fertility Foundation,TAFF)[6]

Terasul dan gelaran

Gelaran hormat bagi
Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah
Gaya panggilan Kebawah Duli Paduka Baginda
Gaya pertuturan Paduka Baginda
Gaya pilihan Tuanku
  • 5 Ogos 1960 – 11 Mei 1981: Yang Amat Mulia Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Tunku Mahmood Iskandar
  • 11 Mei 1981 – 6 Mac 1986: Yang Amat Mulia Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj
  • 6 Mac 1986 – 22 Januari 2010: Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj
  • 22 Januari 2010 – 11 Januari 2019: Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj
  • 11 Januari 2019 - 22 Januari 2019: Yang Maha Mulia Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj
  • 22 Januari 2019 – 31 Januari 2019: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Pahang Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj
  • 31 Januari 2019 – 30 Januari 2024: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong XVI Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj
  • 31 Januari 2024 - 13 Mac 2024: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Pahang Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj
  • 14 Mac 2024 - kini: Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj

Gelaran penuh Paduka Baginda ialah:

Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj, D.K., D.M.N., S.S.A.P., S.I.M.P., D.K. (Johor), S.P.M.J., D.K. (Brunei), D.K. (Selangor)

Darjah kebesaran

Baginda dikurniakan:

Kurniaan Pahang

  •  Pahang :
    • Darjah Kerabat Sri Indera Mahkota Pahang Yang Amat Dihormati - Kelas I (DK I)
    • Darjah Kerabat Sri Indera Mahkota Pahang Yang Amat Dihormati - Kelas II (DK II) (1989)
    • Darjah Sri Sultan Ahmad Shah, membawa gelaran Dato' Sri (SSAP)
    • Darjah Sri Indera Mahkota Pahang, membawa gelaran Dato' Indera (SIMP)

Kurniaan Persekutuan dan Negeri

Kurniaan Luar Negara

  •  Brunei :
    • Darjah Kerabat Laila Utama Yang Amat Dihormati (DK) (2019)

Anakanda

Nama Tarikh Keputeraan Tempat Keputeraan Tarikh Kemangkatan Tempat Kemangkatan Pelajaran Tarikh Berkahwin Pasangan Diraja Cucunda Cicinda
YAM Tengku Ahmad Iskandar Shah (1990-07-24)24 Julai 1990 Tiada maklumat 24 Julai 1990(1990-07-24) (umur 0) Tiada maklumat
KDYMM Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah (1995-09-17) 17 September 1995 (umur 28) Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan Tiada maklumat Geneva School of Diplomacy and International Relations, Switzerland
YAM Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah (1997-08-03) 3 Ogos 1997 (umur 26) Tiada maklumat Oxford Brookes University, England
YAM Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah (2000-09-11) 11 September 2000 (umur 23) Tiada maklumat Royal Holloway, University of London, England
YAM Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah (2000-09-11) 11 September 2000 (umur 23) Tiada maklumat Royal Holloway, University of London, England
YAM Tengku Jihan Azizah Athiyatullah (2002-04-27) 27 April 2002 (umur 22) Tiada maklumat University for the Creative Arts, Farnham, England

Di awal perkahwinan, Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang telah diuji apabila baginda mempunyai masalah untuk mendapatkan zuriat dan kerap kali mengalami keguguran. Namun, Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku sentiasa berusaha dengan menggunakan kaedah In-Vitro dan akhirnya berjaya hamil. Hal ini telah memberikan inspirasi kepada Paduka Baginda Tuanku untuk mengasaskan TAFF untuk membantu pasangan-pasangan yang ingin mendapatkan cahaya mata tetapi tidak berkemampuan untuk menjalankan rawatan tersebut. TAFF mula dibangunkan pada Mac 2005 dan telah terbukti berjaya membantu ramai pasangan yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan cahaya mata. TAFF juga merupakan satu-satunya yayasan fertiliti di Malaysia yang membantu pasangan yang menginginkan cahaya mata.

Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang juga telah mengambil seorang anak angkat lelaki yang juga merupakan sepupu kepada suaminya, Tengku Abdullah, iaitu Yang Mulia Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah bin Tengku Arif Bendahara Tengku Ibrahim, pada tahun 1987. Baginda diputerakan pada (1986-08-25) 25 Ogos 1986 (umur 37) dan merupakan anak bongsu kepada Tengku Arif Bendahara Tengku Ibrahim dan isteri ketiga, Czarina binti Abdullah. Tengku Amir telah melangsungkan perkahwinannya bersama YM Puteri Suraiya Afzan yang juga merupakan cucunda Sultan Ahmad Shah.[9]

Eponim

Keturunan

Keturunan Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah
16. Sultan Abu Bakar ibni Almarhum Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim
8. Sultan Ibrahim Al-Masyhur
17. Che’ Zubaida binti Abdullah (née Cecilia Catharina Lange)
4. Sultan Ismail Al-Khalidi
18. Ungku Abdul Majid bin Dato’ Temenggong
9. Ungku Maimuna
19. Che’ Puan Amina binti Abdullah
2. Sultan Iskandar
20. Ungku Muhammad Khalid bin Dato’ Temenggong
10. Ungku Ahmad
21. Ungku Fatima
5. Ungku Tun Amina
22. Ungku Muhammad
11. Ungku Khadija
1. Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah
6. Reginald George Trevorrow
3. Khalsom binti Abdullah
14. Thomas Alderman
7. Ruby May Alderman

Pautan Luar


Rujukan

  1. ^ "Tunku Azizah Tengku Ampuan Pahang kelima". Utusan Online. 22 Januari 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-01-22. Dicapai pada 22 Januari 2019. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  2. ^ http://pancapersada.blogspot.com/2011/08/selamat-hari-ulangtahun-ke-51-kdytm.html
  3. ^ "Tengku Puan Pahang masak untuk mangsa banjir". Astro Awani. 9 Disember 2013. Dicapai pada 22 Januari 2019. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  4. ^ http://theadmirehunkz.blogspot.com/2012/02/pewaris-takhta-pahang-darul-makmur.html
  5. ^ Kurniawati Kamarudin (28 Julai 2019). "Tunku Hajah Azizah Permaisuri Bertakhta Di Hati Rakyat". BERNAMA. Dicapai pada 28 Julai 2019.
  6. ^ http://www.thestar.com.my/story/?file=%2F2005%2F3%2F19%2Ffeatures%2F10436107
  7. ^ "Agong sembahkan DK Pahang kepada Sultan Johor, terima DK Johor". Astro Awani. 8 Disember 2023. Dicapai pada 8 Disember 2023.
  8. ^ "Permaisuri Agong terima darjah kebesaran tertinggi Selangor". Berita Harian. 11 Disember 2023. Dicapai pada 11 Disember 2023.
  9. ^ http://www.tv9.com.my/beritatv9/tajuk_utama/Persandingan_Cucunda_Sultan_Pahang.html#.VEfPaPmSzeQ
Persondata
Nama Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah
Nama alternatif Tunku Puan Pahang
Pemerihalan ringkas
Tarikh kelahiran 5 Ogos 1960
Tempat kelahiran Istana Stulang,Johor Bahru,Johor
Tarikh kematian
Tempat kematian