Tomori Kusunoki

  • Pelakon suara
  • penyanyi-penulis lagu
Tahun aktif2017–kiniEjenSony Music Artists
Karya terkenal
  • Kirara Fantasia sebagai Kirara
  • Märchen Mädchen sebagai Hazuki Kagimura
  • Sword Art Online Alternative Gun Gale Online sebagai Llenn
  • The Misfit of Demon King Academy sebagai Misha Necron
  • Deca-Dence sebagai Natsume
  • Love Live! Nijigasaki High School Idol Club sebagai Setsuna Yuki (2017–2023)
  • My Senpai Is Annoying sebagai Futaba Igarashi
  • Hatsune Miku: Colorful Stage! sebagai Kanade Yoisaki
  • Tiger & Bunny sebagai Lara Tsaikokaya / Magical Cat
  • Chainsaw Man sebagai Makima
  • Bastard!! sebagai Tia Noto Yoko
  • Spy Classroom sebagai Annette
  • Zom 100: Bucket List of the Dead sebagai Shizuka Mikazuki
  • Honkai: Star Rail sebagai Firefly
Ketinggian155 cm (5 ka 1 in)[1]Kerjaya muzikGenre
  • J-Pop
  • Anison
InstrumenVokalTahun aktif2020–kini
Syarikat rakaman
  • Sacra Music (2020–kini)
Laman web rasmiwww.kusunokitomori.com

Tomori Kusunoki (楠木ともりcode: ja is deprecated , Kusunoki Tomori, lahir 22 Disember 1999) ialah pelakon suara dan penyanyi wanita Jepun yang kini bergabung dengan agensi Sony Music Artists. Kusunoki membuat debut lakonan suaranya pada tahun 2017 dan pada tahun yang sama, beliau menyuarakan dalam peranan utama pertamanya Kirara sebagai Kirara Fantasia. Beliau juga telah menyuarakan dalam peranan utama dalam Märchen Mädchen, Love Live! Nijigasaki High School Idol Club, Sword Art Online Alternative Gun Gale Online dan Chainsaw Man. Pada tahun 2019, Kusunoki memenangi Anugerah Pelakon Baharu Terbaik dengan Manaka Iwami, Coco Hayashi, Rina Honnizumi, dan Kaede Hondo.

Biografi

Kusunoki dilahirkan di Tokyo pada 22 Disember 1999.[2] Beliau mula berminat dalam hiburan pada usia awal; apabila Beliau berumur tiga tahun, beliau mula mengambil pelajaran piano. Kusunoki juga merupakan ahli kumpulan brass sekolahnya semasa sejak zaman sekolah menengah rendahnya, dan ahli kelab muzik ringan sejak zaman tahun sekolah menengahnya.[3] Beliau juga merupakan presiden majlis pelajar sekolah rendahnya.[4]

Semasa tahun kedua di sekolah menengah, Kusunoki mula berminat dengan anime. Beliau sangat menyukai siri Kobato, dan penggambaran watak utama oleh Kana Hanazawa. Ini memberi inspirasi kepadanya untuk menjadi pelakon suara.[3] Kusunoki memutuskan untuk mengambil bahagian dalam uji bakat yang diadakan oleh agensi Sony Music Artists. Kerana beliau merasakan sukar untuk lulus uji bakat lakonan suara melainkan beliau mempunyai lebih banyak pengalaman, beliau sebaliknya mengikuti uji bakat sebagai penyanyi. Kusunoki akhirnya menerima hadiah istimewa pada pertandingan itu.[3]

Kusunoki membuat debutnya sebagai pelakon suara pada tahun 2017, menyuarakan peranan latar belakang dalam siri anime Eromanga Sensei.[5] Pada Jun 2017, beliau dilakonkan dalam peranan utama pertamanya sebagai Kirara dalam permainan mudah alih Kirara Fantasia.[6] Pada tahun 2018, beliau menyuarakan sebagai Hazuki Kagimura, protagonis siri anime Märchen Mädchen.[7] Beliau menyuarakan peranan Llenn dalam siri anime Sword Art Online Alternative Gun Gale Online,[5][8] yang mana beliau turut menyanyikan tema penamat berjudul "To see the future".[9] Pada tahun yang sama, beliau juga menjadi sebahagian daripada projek campuran media Konami yang dipanggil BandMeshi (バンめし♪), dengan beliau menyuarakan gitaris Yokaze Tsuyuri.[10] Kemudian pada tahun itu, beliau menyuarakan sebagai Setsuna Yūki dalam francais multimedia Love Live!.[11] Pada tahun 2019, beliau menyuarakan peranan Melida Angel dalam siri televisyen anime Assassins Pride;[12] beliau juga membuat persembahan tema penamat siri itu berjudul "Ijin-tachi no Jikan" (異人たちの時間code: ja is deprecated ).[13]

Pada tahun 2020, Kusunoki membuat debutnya sebagai artis solo di bawah Sacra Music. EP pertamanya, "Hamidashimono", ialah tema penamat The Misfit of Demon King Academy.[14]

Pada tahun 2021, Kusunoki disahkan menghidap gangguan kongenital yang menyebabkan beliau mempunyai kecenderungan untuk berasa sakit dan kebas ketika melakukan tarian dan aktiviti lasak lain yang melibatkan pergerakan besar. Oleh sebab itu, Kusunoki telah mengelak daripada sebarang aktiviti yang melibatkan pergerakan besar dalam kedua-dua aktiviti solonya dan sebarang persembahan yang disertainya.[15]

Pada tahun 2022, ia telah disahkan bahawa Kusunoki telah didiagnosis dengan Sindrom Ehlers-Danlos.[16][17] Laman rasmi Love Live! juga mengumumkan beliau akan bersara daripada menyuarakan Setsuna Yūki dan Nana Nakagawa pada 31 Mac 2023, kerana kesukaran beliau mengambil bahagian dalam persembahan pentas.[18] Pada 25 Mac 2023, francais mengumumkan bahawa Coco Hayashi akan menggantikan peranan Setsuna mulai 1 April 2023.

Rujukan

  1. ^ @tomori_kusunoki (18 April 2018). "新説メルヘン発表会じゃないんだから......笑 身長ですよ身長。155cm。" (Twit) – melalui Twitter.
  2. ^ "[楠木ともり] プロフィール" (dalam bahasa Japanese). Sony Music Entertainment Japan. Dicapai pada 22 Disember 2019.CS1 maint: unrecognized language (link)
  3. ^ a b c "17歳が歩むシンデレラ・ストーリー! 注目新人声優・楠木ともりインタビュー「まだ現実に追いつけていません(苦笑)」". 週プレNEWS (dalam bahasa Japanese). Shueisha. 17 November 2017. Dicapai pada 10 Februari 2018.CS1 maint: unrecognized language (link)
  4. ^ "初オーディションで主演に大抜擢! 17歳の注目声優・楠木ともりが意外な学生生活を告白". 週プレNEWS (dalam bahasa Japanese). Shueisha. 18 November 2017. Dicapai pada 10 Februari 2018.CS1 maint: unrecognized language (link)
  5. ^ a b "『SAOオルタナティブ ガンゲイル・オンライン』の主人公役に抜擢された声優・楠木ともりさんとは?" (dalam bahasa Japanese). Animate. 2 Oktober 2017. Dicapai pada 10 Februari 2018.CS1 maint: unrecognized language (link)
  6. ^ "Houbunsha Reveals Kirara Fantasia Smartphone RPG". Anime News Network. 26 Jun 2017. Dicapai pada 10 Februari 2018.
  7. ^ "Märchen Mädchen Anime's Cast, Staff, Visuals, 2018 TV Premiere Revealed". Anime News Network. 1 Ogos 2017. Dicapai pada 10 Februari 2018.
  8. ^ "Sword Art Online Alternative Gun Gale Online Reveals Visual, Studio 3Hz". Anime News Network. 31 Januari 2018. Dicapai pada 10 Februari 2018.
  9. ^ "Tomori Kusunoki Performs Ending Theme for Sword Art Online: Alternative Gun Gale Online Anime". Anime News Network. 17 Februari 2018. Dicapai pada 17 Fwbruari 2018. Check date values in: |access-date= (bantuan)
  10. ^ "TOP". バンめし♪ (dalam bahasa Jepun). Dicapai pada 2020-03-19.
  11. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama niji
  12. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama ap
  13. ^ "Tomori Kusunoki Performs Assassins Pride Anime's Ending Song". Anime News Network. 19 Ogos 2019. Dicapai pada 22 Disember 2019.
  14. ^ "Tomori Kusunoki Performs Ending Theme for The Misfit of Demon King Academy Anime". Anime News Network. 12 Jun 2020. Dicapai pada 15 Jun 2020.
  15. ^ ""Love Live! Njigasaki" Setsuna Yuki VA Tomori Kusunoki to Refrain from Hard Dance Performances". crunchyroll. 3 September 2021. Dicapai pada 19 Jun 2022.
  16. ^ "楠木ともりに関するお知らせ". 1 November 2022. Dicapai pada 1 November 2022.
  17. ^ "Tomori Kusunoki Steps Down from Love Live! Nijigasaki High School Idol Club Role Due to Health". Anime News Network (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 1 November 2022. Dicapai pada 1 November 2022.
  18. ^ "優木せつ菜・中川菜々役 楠木ともり降板のお知らせ". 1 November 2022. Dicapai pada 1 November 2022.

Pautan luar

  • Profil ejen rasmi (dalam bahasa Jepun)
  • Tomori Kusunoki di Ensiklopedia Anime News Network