Sheikh Ghazali Abdul Rahman

Tan Sri Dato' Sheikh Haji

Ghazali Abdul Rahman

PSM, PJN; DPSK (Kel); DSDK (Ked), AMN; SDK (Ked)
Ketua Pengarah / Ketua Hakim Syarie
Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia
Dalam jawatan
1998–2009
Didahului olehPenyandang sulung
Digantikan olehIbrahim Lembut
Butiran peribadi
LahirGhazali bin Abdul Rahman
(1938-12-31) 31 Disember 1938 (umur 85)
Kampung Kepala Bukit, Tobiar, Pendang, Kedah
PasanganPuan Sri Hanan Haji Bakar
PekerjaanUlama

Tan Sri Dato' Sheikh Ghazali Abdul Rahman (Jawi: شيخ غزالي عبد الرحمن) merupakan seorang pakar perundangan Islam di Malaysia. Beliau merupakan Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak dan Sivil, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Beliau terpilih sebagai Tokoh Maal Hijrah peringkat Kebangsaan bagi tahun 1436H/2014M.

Pendidikan

Sheikh Ghazali kelahiran Kampung Kepala Bukit, Tobiar, Pendang, Kedah pada 31 Disember 1938. Isterinya bernama Puan Sri Hanan binti Haji Bakar. Beliau menerima pendidikan di Sekolah Melayu Pendang (1946-1951) dan Maktab Mahmud, Alor Star (1951-1961).[1]

Beliau mendapat B.A Perundangan Islam (Syariah) dari Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir; Diploma Pendidikan, Universiti Ain Shams, Kaherah, Mesir; Diploma Undang-Undang dan Pentadbiran Kehakiman Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Kerjaya

Beliau merupakan mantan Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia. Tan Sri Sheikh Ghazali menyandang beberapa jawatan penting, di antaranya ialah Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak dan Sivil Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM); Ahli Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia; Ahli Majlis Penasihat Syariah Kebangsaan Perbankan Islam dan Takaful Bank Negara (Bekas Pengerusi), Ahli Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti (Bekas Pengerusi); Ahli Panel Mahkamah Rayuan Syariah Negeri di Wilayah Persekutuan, Selangor, Perak, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Sabah, Sarawak dan Kelantan; dan bekas Ahli Majlis Syariah, Accounting and Auditing Organisation Islamic Financial Institution (AAOIFI) yang beribu pejabat di Bahrain.

Selain itu beliau juga aktif di dalam aktiviti sosial melalui pelantikan beliau sebagai Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM); Ahli Majlis Pelan Tindakan Pembangunan Ummah YaPEIM; Ahli Majlis Perundingan Islam Jabatan Perdana Menteri; Pengerusi Panel Undang-Undang Majlis Perundingan Islam Jabatan Perdana Menteri; Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syarak Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan; Ahli Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan; Ahli Jawatankuasa Pembangunan dan Pelaburan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan; Pengerusi Jawatankuasa "Good Governance" untuk Garis Panduan Syarikat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan; Ahli Lembaga Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM); Pengerusi Jawatankuasa Kerja Penasihat Syariah Yayasan Waqaf Malaysia (YWM); Ahli Lembaga Penasihat, Fakulti Pengajian Islam di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM); Panel Penasihat Pengajian Tinggi Syariah dan Undang-Undang di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM); Ahli Lembaga Penasihat Akademik Program Sarjana Syariah di Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Ahli Jawatankuasa Pemandu Pembangunan Program (Steering Committee On Programme Development); Diploma Kefatwaan, Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD); Ahli Jawatankuasa Pemandu Pengurusan Pensijilan Halal Malaysia JAKIM; Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Sabah dan Pengerusi Jawatankuasa Penyelidikan dan Pengurusan Fatwa.

Pingat dan penghargaan

Beliau mendapat pelbagai pingat dan anugerah seperti PSM, PJN, DSDK, SDK dan AMN.

Di atas sumbangan dan jasanya terhadap pembangunan ummah, Tan Sri Sheikh Ghazali telah mendapat pengiktirafan dan pengurniaan Anugerah Tokoh Ma'al Hijrah 1416H, Peringkat Wilayah Persekutuan tahun 1995 dan Anugerah Penghargaan Ma'al Hijrah 1428H, Peringkat Kebangsaan Tahun 2007. Beliau juga dilantik sebagai Ahli Panel Pelaburan TH pada bulan Oktober 2001 dan Ahli Jawatankuasa Penasihat Syariah TH pada Mei 2010.[2]

Tokoh Maal Hijrah

Pada 25 Oktober 2014, Perdana Menteri Malaysia , Datuk Seri Najib Tun Razak telah menyampaikan sijil penghargaan itu pada Majlis Perhimpunan Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1436 Hijrah/2014 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di Putrajaya . Turut hadir ialah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha. [3]

Rujukan

  1. ^ Yang Arif Dato' Syeikh Ghazali Bin Abd Rahman
  2. ^ Tan Sri Sheikh Ghazali Abdul Rahman
  3. ^ Kerajaan tolak kegiatan militan - Perbuatan itu menyimpang daripada ajaran Rasulullah SAW
  • l
  • b
  • s
Tokoh Maal Hijrah Malaysia
Tahun dalam templat ini ditulis berdasarkan kalendar Hijrah. Nama penerima anumerta dicondongkan.
Kebangsaan

Antarabangsa

  • 1441: Mauritania Abdullah Bin Bayyah
  • 1442: Mesir Ahmad al-Tayyeb
  • 1443: Arab Saudi Muhammad Abdul Karim Al-Issa
  • 1444: Kemboja Othsman Hassan

  • l
  • b
  • s
Kepimpinan Islam Peringkat Persekutuan di Malaysia
Ketua Agama Islam Peringkat Persekutuan : Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim
Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi
Hal Ehwal Agama Islam Malaysia
  1. Tunku Abdul Rahman (1968-1970)
  2. Abdul Razak Hussein (1970-1976)
  3. Hussein Onn (1976-1981)
  4. Mahathir Mohamad (1981-2003)
  5. Abdullah Ahmad Badawi (2003-2009)
  6. Najib Razak (2009-2018)
  7. Mahathir Mohamad (2018-2020)
  8. Muhyiddin Yassin (2020-2021)
  9. Ismail Sabri Yaakob (2021-2022)
  10. Sultan Sharafuddin Idris Shah (2022-kini)
Menteri
Portfolio Agama Islam
  1. Asri Muda (1973-1976)
  2. Mohamed Nasir (1978-1982)
  3. Abdullah Ahmad Badawi (1982-1984)
  4. Abdul Ajib Ahmad (1986-1987)
  5. Mohd Yusof Noor (1987-1990)
  6. Abang Abu Bakar Abang Mustapha (1990-1995)
  7. Abdul Hamid Othman (1995-1999)
  8. Abdul Hamid Zainal Abidin (2001-2004)
  9. Abdullah Md. Zin (2004-2008)
  10. Ahmad Zahid Hamidi (2008-2010)
  11. Jamil Khir Baharom (2010-2018)
  12. Mujahid Yusuf Rawa (2018-2020)
  13. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (2020-2021)
  14. Idris Ahmad (2021-2022)
  15. Mohd Na'im Mokhtar (2022-kini)
Timbalan Menteri
Portfolio Agama Islam
  1. Wan Abdul Kadir Ismail (1973-1974)
  2. Kamaruddin Mohamed Isa (1974-1982)
  3. Anwar Ibrahim (1982-1983)
  4. Mohd Yusof Noor (1984-1987)
  5. Abdul Hamid Othman (1990-1995)
  6. Mashitah Ibrahim (2008-2013)
  7. Asyraf Wajdi Dusuki (2015-2018)
  8. Fuziah Salleh (2018-2020)
  9. Ahmad Marzuk Shaary (2020-2022)
  10. Zulkifli Hasan (2023 - kini)
Ketua Hakim Syarie
  1. Sheikh Ghazali Abdul Rahman (1998-2009)
  2. Ibrahim Lembut (2009-2017)
  3. Mukhyuddin Ibrahim (2017-2019)
  4. Mohd Na'im Mokhtar (2019-2022)
  5. Mohd Amran Mat Zain (2023 - kini)
Ketua Pengarah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Pengerusi Jawatankuasa
Fatwa Kebangsaan
  1. Abdul Jalil Hassan (1970-1990)
  2. Abdul Halim Othman (1991-1992)
  3. Tajudin Abdul Rahman (1994-1999)
  4. Ismail Ibrahim (2000-2005)
  5. Abdul Shukor Husin (2005-2017)
  6. Wan Zahidi Wan Teh (2017-2022)
  7. Nooh Gadut (2022-kini)
Mufti Wilayah Persekutuan
  1. Abdul Mohsein Salleh (1971-1984)
  2. Othman Ibrahim (1986-1991)
  3. Abdul Kader Talip (1991-1997)
  4. Md Hashim Yahaya (1997-2003)
  5. Mohammad Yusoff Hussain (2003-2006)
  6. Wan Zahidi Wan Teh (2006-2014)
  7. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (2014-2020)
  8. Luqman Abdullah (2020-kini)
Imam Besar Masjid Negara