Persona -trinity soul-

Persona -trinity soul-
GenreMisteri
Anime
Persona -trinity soul-
PengarahJun Matsumoto
Skrip/PenulisYasayuki Mutō
StudioA-1 Pictures
Penyiaran AsalJepun MBS, Animax, Tokyo MX
Dikeluarkan pada5 Januari, 200828 Juni, 2008
Portal Anime dan Manga

Persona -trinity soul- (ペルソナ トリニティ・ソウルcode: ja is deprecated , Perusona Toriniti Sōru) merupakan sebuah siri televisyen anime Jepun. Siri ini merupakan sambungan kepada permainan video PlayStation 2 berjudul Persona 3, mengambil masa sepuluh tahun selepas kejadian asalnya.[1] Dihasilkan oleh Aniplex dan animasi oleh studio animasi A-1 Pictures, siri ini dijadulkan untuk disiarkan pertama kalinya di Jepun menerusi saluran-saluran seperti MBS, Tokyo MX and Animax bermula pada awal bulan Januari 2008. Dan lalu berakhir tharik tayangnya pada April 2008. Muzik yang dipamerkan adalah hasil gubahan Taku Iwasaki.

Plot

Mengambil tempat di Ayanagi City, sebuah bandar berhampiran Japan Sea. Bandarnya yang mempunyai tema "futuristik" dibina sebagai kawasan penyelamat selepas malapetaka yang berlaku akibat "Sindrom Apati" atau Apathy Syndrome sepuluh tahun yang lalu. Shin Kazato, seorang remaja bersekolah menengah bersama-sama adik lelakinya, Jun, berjumpa dengan abang sulung mereka, Ryō, yang merupakan ketua Jabatan Polis Ayanagi City, sekali lagi selepas sepuluh tahun. Pada waktu itu, sebuah siri kejadian aneh berlaku di Ayanagi City seperti kehilangan krew kapal selam yang berlaku di dalam kapal mereka, ataupun seperti sebuah simptom muram yang menggangu dunia selepas sepuluh tahun, ataupun seperti kes di mana seorang pelajar sekolah mengambil rupa mayat yang dasyhat. Ryō menjejaki organisasi yang bertanggungjawab disebalik kejadian-kejadian aneh yang menimpa bandar itu, dan di atas penyertaannya di dalam hal tersebut, Shin membangkitkan "Persona" di dalam dirinya.

Watak-watak

Shin Kanzato (神郷 慎code: ja is deprecated , Kanzato Shin)
Disuarakan oleh: Nobuhiko Okamoto
Protagonis yang berumur tujuh belas tahun. Bersekolah di Sekolah Menengah Gakuen, tahun kedua. Sentiasa membawa sebuah loket berbentuk bulu ayam yang merupakan hadiah peringatan ayahnya.
Ryō Kanzato (神郷 諒code: ja is deprecated , Kanzato Ryō)
Disuarakan oleh: Takehito Koyasu
Abang Sulung kepada Shin, berumur dua puluh lapan tahun. Menyertai pasukan polis demi menyiasat kejadian-kejadian aneh yang berlaku, menjadi penguasa termuda di dalam sejarah. Di dalam laman rasminya, dia didedahkan mempunyai "Persona".
Jun Kanzato (神郷 洵code: ja is deprecated , Kanzato Jun)
Disuarakan oleh: Miyuki Sawashiro
Seorang pelajar di Sekolah Rendah Menengah Naginomori Gakuen, tahun ketiga. Dia mula kehilangan azam untuk meneruskan kehidupan setelah berlakunya kemalangan yang menimpa apabila ibu bapanya juga turut hilang lapan tahun yang lalu.
Megumi Kayano (茅野めぐみcode: ja is deprecated , Kayano Megumi)
Disuarakan oleh: Kana Asumi
Kanaru Morimoto (守本叶鳴code: ja is deprecated , Morimoto Kanaru)
Disuarakan oleh: Mai Nakahara
Takurô Sakakiba (榊葉拓朗code: ja is deprecated , Sakakiba Takurô)
Disuarakan oleh: Hideki Tasaka
Tôma Shikura (紫倉統馬code: ja is deprecated , Shikura Tôma)
Disuarakan oleh: Daisuke Namikawa
Shoutarô Senô (瀬能壮太郎code: ja is deprecated , Senô Shoutarô)
Disuarakan oleh: Motoki Takagi
Saki Tachibana (橘花沙季code: ja is deprecated , Tachibana Saki)
Disuarakan oleh: Mayumi Sako

Kakitangan

  • Pengarah: Jun Matsumoto
  • Pereka watak asal: Shigenori Soejima
  • Penggubah siri dan lakon layar: Yasayuki Mutō
  • Lakon layar: Shinsuke Ōnishi, Shōgo Yasukawa, Saya Matsuda
  • Pereka watak: Yuriko Ishii
  • Pereka Persona: Nobuhiko Genba
  • Muzik: Taku Iwasaki
  • Produksi Animasi: A-1 Pictures
  • Produksi: Kumpulan Produksi Persona -trinity soul-

Lagu tema

  • Pembuka: "Breakin' through"
    • Artis: Shūhei Kita[2]
  • Penutup: "Suicides Love Story"
    • Artis: Nana Kitade

Nota dan rujukan

  1. ^ ペルソナ3』から10年後の世界を舞台にしたアニメ『PERSONA-trinity soul-』が制作開始!; 7 November 2007
  2. ^ Pemenang pertama All-Japan Anime Song Grand Prix, yang telah diadakan pada musim panas 2007.

Pautan luar

  • (Jepun) Laman rasmi
  • (Jepun) Laman rasmi Gyao Diarkibkan 2008-01-10 di Wayback Machine
  • (Jepun) Laman rasmi Tokyo MX Diarkibkan 2009-06-01 di Wayback Machine
  • (Inggeris) Persona -trinity soul- (anime) di Ensiklopedia Anime News Network
  • l
  • b
  • s
Digital Devil Story
Megami TenseiII
Shin Megami Tensei
Shin Megami TenseiIIif...NINEIII: Nocturne
Devil Summoner
Devil SummonerSoul HackersRaidou Kuzunoha vs. The Soulless Army
Persona
Revelations: PersonaPersona 2Persona 3Persona 4
Digital Devil Saga
Digital Devil SagaDigital Devil Saga 2
Siri-siri lain
Last BibleMajin TenseiDevil Children
Judul-judul lain
Shin Megami Tensei: IMAGINEJack Bros.Giten Megami Tensei: Tokyo Mokushiroku
Anime
Digital Devil Story: Megami TenseiShin Megami Tensei: Tokyo Mokushiroku / Tokyo RevelationShin Megami Tensei: Devil ChildrenPersona -trinity soul-
Manga
Shin Megami Tensei if...Shin Megami Tensei: KhanMajin TenseiShin Majin Tensei Gaiten Hato no Senki