Pascal (bahasa pengaturcaraan)

Pascal adalah sebuah bahasa pengaturcaraan komputer imperatif, dibangunkan pada tahun 1970 oleh Niklaus Wirth sebagai bahasa yang secara sederhana sesuai untuk pengaturcaraan berstruktur. Sebuah terbitan yang dikenali sebagai Object Pascal telah direka untuk pengaturcaraan berorientasi objek.

Pascal
Paradigmaimperatif, berstruktur
Muncul pada1970, rivisi terakhir 1992
Direka olehNiklaus Wirth
Disiplin penjenisanstatik, tegas, selamat
Pelaksanaan utamaCDC 6000, PASCAL-P, PDP-11, PDP-10, IBM System/370, HP, GNU
DialekUCSD, Borland, Turbo
DipengaruhiALGOL
MempengaruhiModula-2, Ada, Delphi, Chrome, SCAR

Sejarah

Pascal adalah berasaskan bahasa pengaturcaraan ALGOL dan dinamakan sempena nama ahli matematik dan falsafah Blaise Pascal. Wirth juga turut serentak mencipta Modula-2 dan Oberon, bahasa-bahasa yang menyerupai Pascal.


Pascal dicipta pada awal 70-an oleh sekumpulan pengaturcara yang diketuai oleh Niklaus Wirth (Eidgenossishe Technishe Hochshule, Zurich Switzerland) untuk menghasilkan suatu bahasa pengaturcaraan baru yang berstruktur dan mudah difahami serta dikendalikan. Hasilnya ialah Pascal, sempena mengambil nama ahli falsafah dan matematik Perancis, Blaise Pascal (19 Jun,1623- 19 Ogos,1662). Bahasa Pascal amat mudah serta menjadikan penggunanya menulis dalam format pengaturcaraan yang baik. Ia juga menggunakan pengkompilasi yang akan memeriksa aturcara anda sebelum ia diterjemahkan kedalam bahasa mesin. Kerana itulah ia sering digunakan sebagai bahan mengajar asas pengaturcaraan kepada pengaturcara atau pelajar yang ingin mengenali pengaturcaraan. Kebanyakan bahasa pengaturcaraan menggunakan bahasa Inggeris, dengan itu ia dikenali dengan Bahasa Peringkat Tinggi.

Pascal akan mengkompil aturcara, menyemak aturcara dan menukarkannya kepada kod mesin dan di dalam fail yang boleh di’execute’ (fail *.EXE) tanpa memerlukan Bahasa Pascal lagi. Dengan itu ia akan menjadi lebih cepat di’access’ oleh komputer, pengguna tidak perlu memahami bahasa Pascal, mudah di jual atau disebarkan tanpa perlu hakcipta dari Borland (Inprise) International dan yang paling penting aturcara sumber (source codes) anda tidak perlu disertakan, ini akan menjamin keselamatan aturcara anda dari diubah atau disalin oleh pengguna yang tidak bertanggungjawab.

Versi Pascal/Turbo Pascal Pascal dibahagikan kepada beberapa kategori; i) Pascal Standard - Pascal yang dicipta oleh Niklaus Wirth ii) Turbo Pascal - Ia juga dikenali sebagai Borland Pascal. Bahasa Pengaturcaraan Pascal baru yang dicipta oleh Borland International (kemudiannya menukar nama kepada Inprise Corporation) iii) Lain-Lain Pascal - Terdapat banyak bahasa pengaturcaan Pascal yang boleh didapati secara percuma (‘download’ dari Internet) dan secara komersial. Antaranya, Free Pascal, dev Pascal dan Mystic Pascal.

Secara amnya, Bahasa pengaturcaraan Pascal adalah sama hanya terdapat beberapa perbezaan dan segi program pintas (sesetengah Pascal anda terpaksa menulis sendiri program untuk mengenali skrin dan jenis vga kad anda) atau cara kompilasi (sama ada menggunakan menu atau arahan dos).

Pautan luar

Bahan rujukan

  • Bill Catambay, The Pascal Programming Language

Tutorial

  • How To Code: Pascal

Buku

  • Kathleen Jensen and Niklaus Wirth: PASCAL - User Manual and Report. Springer-Verlag, 1974, 1985, 1991, ISBN 0-387-97649-3 and ISBN 3-540-97649-3[1] Diarkibkan 2005-03-14 di Wayback Machine
    also in N. Wirth, and A. I. Wasserman, ed: Programming Language Design. IEEE Computer Society Press, 1980
  • You can find a free online Pascal book on Joe Dorward's Diarkibkan 2010-07-03 di Wayback Machine website.

Jurnal

  • Niklaus Wirth: The Programming Language Pascal. Acta Informatica, 1, (Jun 1971) 35-63

Sumber

  • Pascal Central — laman untuk menggali sumber-sumber Pascal
  • Standard Pascal — Sumber dan sejarah sebenar, Pascal piawai
  • PASCAL XSC — The page of the developers of Pascal XSC with extensive material
  • SWAG Diarkibkan 2007-03-14 di Wayback Machine SourceWare Archive Group — collection of source code and program examples for the Pascal programming language
  • Turbo-Pascal — free turbo pascal site
  • Morfik Pascal Diarkibkan 2007-03-25 di Wayback Machine — Pascal programming for Web applications (both server and browser side)

Piawaian

  • Pascal standards ISO/IEC 10206: Extended Pascal
  • ANSI-ISO Pascal ISO/IEC 7185: PASCAL

Sejarah

  • N. Wirth, M. Broy, ed, and E. Denert, ed: Pascal and its Successors in Software Pioneers: Contributions to Software Engineering. Springer-Verlag, 2002, ISBN 3-540-43081-4
  • N. Wirth: Recollections about the Development of Pascal. ACM SIGPLAN Notices, Volume 28, No 3, March 1993.
  • Pascal User's Group Newsletters — An early Pascal history resource that contains many letters from Wirth and others concerning Pascal.

Bidasan

  • Brian W. Kernighan, Why Pascal is Not My Favorite Programming Language

Kelakar

  • Real Programmers Don't Use Pascal — Kelakar mengenai kenapa pengaturcaraan sebenar tidak menggunakan Pascal
  • l
  • b
  • s