Operasi Dragoon

Operasi Dragoon
Sebahagian daripada Kancah Mediterranean dan Timur Tengah dan Perang Dunia II Kancah Eropah

Armada serbuan Operasi Dragoon di luar pantai Selatan Perancis
Tarikh15 Ogos – 14 September 1944
Lokasi
Selatan Perancis, Côte d'Azur
43°14′N 6°40′E / 43.233°N 6.667°E / 43.233; 6.667
Keputusan Kemenangan Pihak Bersekutu
Perubahan
wilayah
Tentera Jerman berundur dari keseluruhan Selatan Perancis ke wilayah Vosges.
Pihak yang terlibat
 Amerika Syarikat
Perancis
 United Kingdom
 Kanada[note]
Bantuan udara:
 Australia
 Afrika Selatan
Bantuan laut:
 Yunani
New Zealand
 Jerman Nazi
Komandan dan pemimpin
Amerika Syarikat Jacob L. Devers
Amerika Syarikat Alexander Patch
Jean de Tassigny
Amerika Syarikat Henry Kent Hewitt
Amerika Syarikat John K. Cannon
Jerman Nazi Johannes Blaskowitz
Jerman Nazi Friedrich Wiese
Unit terlibat

Amerika Syarikat Kumpulan Tentera Darat Keenam

FFI
Amerika Syarikat Armada Kelapan
MAAF

Jerman Nazi Kumpulan Tentera Darat G

  • Jerman Nazi Tentera Darat Ke-19
Kekuatan
Pendaratan awal
151,000 anggota[1]
Seluruh angkatan penyerbuan
576,833 anggota[2]
Penentang Perancis
75,000 anggota[3]
Pendaratan awal
85,000–100,000 anggota[4]
1,481 pucuk artileri[5]
Selatan Perancis
285,000–300,000 anggota[4]
Kerugian dan korban

Amerika Syarikat 15,574 kasualti[6]

  • 7,301 terkorban[6]
lebih kurang 10,000 kasualti[7][8]
Jumlah: ~25,574
Jerman Nazi 7,000 terkorban
~21,000 cedera
131,250 ditawan[8][9][10]
1,316 pucuk artileri[11]
Jumlah: ~159,000
  • l
  • b
  • s
Kancah Mediterranean dan Timur Tengah

Operasi Dragoon (pada mulanya Operasi Anvil) adalah nama samaran bagi operasi pendaratan Pihak Bersekutu ke atas Provence (Perancis Selatan) pada 15 Ogos 1944. Operasi ini pada awalnya dirancang untuk dilaksanakan bersamaan dengan Operasi Overlord, iaitu pendaratan Bersekutu di Normandy, tetapi kekurangan sumber-sumber yang ada menyebabkan pendaratan kedua dibatalkan. Menjelang bulan Julai 1944 pendaratan itu dipertimbangkan semula, kerana pelabuhan di Normandy semakin sesak dan tidak mempunyai keupayaan untuk membekalkan tentera Bersekutu dengan secukupnya. Pada masa yang sama, Pemerintah Tertinggi Perancis mendesak pengembalian semula operasi yang akan melibatkan sejumlah besar tentera Perancis. Maka, operasi tersebut akhirnya diluluskan pada bulan Julai dan akan dilaksanakan pada Ogos.

Matlamat penyerbuan adalah untuk melindungi pelabuhan-pelabuhan penting di pantai Mediterranean Perancis dan menambah tekanan ke atas tentera Jerman dengan membuka satu lagi barisan depan. Selepas beberapa operasi awal komando, Kor VI AS mendarat di pantai Côte d'Azur dibawah perlindungan pasukan petugas tentera laut yang besar, diikuti oleh beberapa divisyen Tentera Darat B Perancis. Mereka ditentang oleh Kumpulan Tentera Darat G Jerman yang berpecah-belah, kini dilemahkan oleh pemindahan divisyen-divisyennya ke perbatasan lain dan diganti oleh askar Ostlegionen yang bermutu rendah dan dilengkapi peralatan usang.

Dihalang oleh penguasaan udara Bersekutu dan penentangan besar-besaran oleh pemberontak Perancis, tentera Jerman yang lemah telah dikalahkan dengan pantas. Askar Jerman berundur ke arah utara melalui lembah Rhône, untuk mendirikan garisan pertahanan yang stabil di Dijon. Unit mudah alih Bersekutu dapat mengatasi Jerman dan menyekat laluan mereka di bandar Montélimar. Pertempuran berikutnya membawa ke jalan buntu, dengan kedua-dua pihak tidak dapat mencapai kejayaan muktamad, sehinggalah askar Jerman melengkapkan pengunduran mereka dari bandar itu. Sewaktu pihak Jerman sedang berundur, tentera Perancis berjaya menawan pelabuhan penting Marseille dan Toulon, dengan segera mengoperasikannya.

Pihak Jerman tidak dapat mempertahankan Dijon dan mengarahkan pengunduran sepenuhnya dari Selatan Perancis. Kumpulan Tentera Darat G berundur lebih jauh ke utara, dikejar oleh tentera Bersekutu. Pertempuran akhirnya terhenti di pergunungan Vosges, dimana Kumpulan Tentera Darat G akhirnya dapat mendirikan garisan pertahanan yang stabil. Setelah bertemu dengan unit-unit Sekutu dari Operasi Overlord, tentera Bersekutu memerlukan penyusunan semula dan, menghadapi tentangan Jerman yang sengit, penyerangan dihentikan pada 14 September. Operasi Dragoon dianggap berjaya oleh pihak Sekutu. Ia membolehkan mereka membebaskan keseluruhan Selatan Perancis dalam masa hanya 4 minggu sambil menyebabkan korban yang besar bagi pihak Jerman, walaupun sebahagian besar unit-unit terbaik Jerman dapat melepaskan diri. Pelabuhan Perancis yang ditawan mula beroperasi, membolehkan pihak Sekutu menyelesaikan masalah bekalan mereka dengan cepat.

Lihat juga

  • Pertempuran Port Cros
  • Pertempuran La Ciotat
  • Pembebasan Perancis

Rujukan

  1. ^ Clarke & Smith (1993), m/s. 92.
  2. ^ Tucker-Jones (2010), m/s. 92.
  3. ^ Clarke & Smith (1993), m/s. 42.
  4. ^ a b Clarke & Smith (1993), m/s. 70.
  5. ^ Clodfelter, M. (2017). Warfare and Armed Conflicts: A Statistical Encyclopedia of Casualty and Other Figures, 1492–2015 (4th ed.). Jefferson, NC: McFarland. p. 474.
  6. ^ a b ”Statistical and accounting branch office of the adjutant general" p. 93
  7. ^ Clarke & Smith (1993), m/s. 195.
  8. ^ a b Vogel (1983), m/s. 604–605.
  9. ^ Zaloga (2009), m/s. 88.
  10. ^ Clarke & Smith (1993), m/s. 197.
  11. ^ Clodfelter 2017, p. 474

Bibliografi

  • Breuer, William (1996). Operation Dragoon: The Allied Invasion of the South of France. Presidio Press. ISBN 978-0-89141-601-2.
  • Blair, Clay (1998) Hitler's U-Boat War [Volume 2]: The Hunted 1942–1945 Cassell ISBN 0-304-35261-6 (2000 UK paperback ed.)
  • Clarke, Jeffrey J. & Smith, Robert Ross (1993). Riviera to the Rhine. United States Army in World War II: European Theater of Operations. Washington DC: Center of Military History, United States Army. ISBN 978-0-16-025966-1.
  • O'Hara, Vincent (2009) Struggle for the Middle Sea Conway ISBN 978-1-84486-102-6
  • Pogue, C. (1986). The Supreme Command. United States Army in World War II: European Theater of Operations. Washington, DC: Center of Military History, United States Army. ISBN 978-0-16-001916-6.
  • Potter, E.B. & Nimitz, Chester W. (1960). Sea Power. Englewood Cliffs, NJ: Prentice-Hall. ISBN 978-0-13-796870-1.
  • Roskill, Stephen (1960) The War at Sea 1939–1945 Vol III Naval & Military Press ISBN (none)
  • Tucker-Jones, Anthony (2010). Operation Dragoon: The Liberation of Southern France 1944. Pen and Sword. ISBN 978-1-84884-140-6.
  • Vogel, Detlef (1983). "Deutsche und Alliierte Kriegsführung im Westen [German and Allied warfare in the West]". Dalam Boog, Horst; Krebs, Gerhard; Vogel, Detlef (penyunting). Das Deutsche Reich in der Defensive [The German Reich on the Defense: The Strategic Air War in Europe and the War in the West and East Asia 1943–1944/5]. Germany and the Second World War (dalam bahasa Jerman). VII. Militärgeschichtliches Forschungsamt. Deutsche Verlags-Anstalt. m/s. 419–642. ISBN 978-3-421-05507-1.
  • Yeide, Harry (2007). First to the Rhine: The 6th Army Group in World War II. Zenith Press. ISBN 978-0-7603-3146-0.
  • Zaloga, Steven J. (2009). Operation Dragoon 1944: France's other D-Day. Osprey Publishing. ISBN 978-1-84603-367-4.

Bacaan lanjut

  • Gassend, Jean-Loup (2014). Autopsy of a Battle, the Liberation of the French Riviera, August-September 1944. Atglen PA: Schiffer. ISBN 978-0764345807.
  • Leighton, Richard M. (2000) [1960]. "Chapter 10: Overlord Versus the Mediterranean at the Cairo-Tehran Conferences". Dalam Greenfield, Kent Roberts (penyunting). Command Decisions. Washington, DC: United States Army Center of Military History. OCLC 909793361. CMH Pub 70-7.

Pautan luar

  • US Army Campaigns of World War II – Southern France at the United States Army Center of Military History
  • Filem pendek The Big Picture – Command Decision: The Invasion of Southern France (1963) ini boleh didapati untuk muat turun percuma di Internet Archive.
  • Short Film The Unknown Soldier: Operation Dragoon
  • Short Film The Unknown Soldier: The Children of the Resistance
  • Contemporary US documentary Allied Invasion of Southern France – Operation Dragoon, the Other D-Day
  • Video showing the recovery of several German soldiers killed shortly after Operation Dragoon in 2006
  • l
  • b
  • s
  • Kasualti
  • Pembabitan tentera
  • Persidangan
  • Komander
Pihak Terbabit
Sekutu
(pemimpin)
Paksi dan
rakan
(pemimpin)
Penentangan
Garis masa
Permulaan
1939
1940
1941
1942
1943
  • Tunisia
  • Kursk
  • Smolensk
  • Kepulauan Solomon
  • Sicily
  • Lower Dnieper
  • Itali
  • Kepulauan Gilbert dan Marshall
  • Changde
1944
1945
Aspek
Umum
Selepas perang
  • Allied war crimes
    • Soviet war crimes
    • British war crimes
    • United States war crimes
  • German (Forced labour) / Wehrmacht war crimes
  • Jenayah perang Itali
  • Jenayah perang Jepun
    • Unit 731
    • Pendakwaan
  • Jenayah perang Croatia
    • terhadap orang Serb
    • terhadap orang Yahudi
  • Jenayah perang dari orang Serb
Perogolan perang
  • German military brothels
  • Camp brothels
  • Perogolan semasa pendudukan ke atas Japan
  • "Wanita penghibur"
  • Perogolan di Nanking
  • Perogolan semasa pendudukan ke atas Jerman
  • Perogolan semasa pembebasan Perancis
  • Perogolan semasa pembebasan Poland
  • Finnish prisoners of war in the Soviet Union
  • German prisoners of war in the Soviet Union
  • German prisoners of war in the United States
  • Italian prisoners of war in the Soviet Union
  • Japanese prisoners of war in the Soviet Union
  • Japanese prisoners of war in World War II
  • Nazi crimes against Soviet POWs
  • Polish prisoners of war in the Soviet Union
  • Romanian prisoners of war in the Soviet Union
  • Kategori
  • Portal
  • definition
  • textbooks
  • quotes
  • source texts
  • media
  • news stories
Kawalan kewibawaan Sunting ini di Wikidata
Perpustakaan negara
  • Perancis (data)
  • Jerman
  • Israel
  • Amerika Syarikat
  • Republik Czech
Lain-lain
  • Arkib Negara (A.S.)