MySejahtera

MySejahtera
PembangunMajlis Keselamatan Negara Malaysia (MKN)
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Pelancaran pertama16 April 2020; 4 tahun yang lalu (2020-04-16)
Keluaran stabil
1.0.37 / 17 Jun 2020; 3 tahun yang lalu (2020-06-17)
Sistem pengendalianAndroid
iOS
HarmonyOS
Terdapat dalamBahasa Inggeris
Bahasa Melayu
Tapak webhttps://mysejahtera.malaysia.gov.my
Poster MySejahtera (kiri) bersama Selangkah (kanan) di sebuah pasar karat di Kota Damansara.

MySejahtera merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak COVID-19 di dalam negara dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri. Pada masa yang sama, ia membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapat maklumat awal untuk mengambil tindakan yang cepat dan berkesan.

Latar belakang

Sejarah

MySejahtera dibangunkan dengan kerjasama strategik kerjasama Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Kesihatan, Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Aplikasi ini dilancarkan oleh Menteri Kesihatan Adham Baba pada 20 April 2020. Aplikasi MySejahtera boleh didapati di Galeri Aplikasi Mudah Alih Kerajaan Malaysia (GAMMA), Apple Store, Google Play, dan Huawei AppGallery.[1]

Pada 19 November 2020, Ketua Pengarah Noor Hisham Abdullah mengesahkan bahawa 9,167 kes COVID-19 telah dikenal pasti oleh aplikasi MySejahtera sejak dilancarkan pada bulan April 2020 melalui kaedah penjejakan termasuk penggunaan pangkalan data MySejahtera oleh pejabat kesihatan daerah dan pengesanan kontak rapat mungkin bagi seseorang pesakit COVID-19.[2]

Fungsi

Fungsi utama aplikasi MySejahtera adalah untuk membantu pihak kerajaan dalam mengurus dan mengurangkan wabak COVID-19, membolehkan pengguna memantau keadaan kesihatan mereka sepanjang wabak COVID-19, membantu pengguna mendapatkan rawatan dengan segera jika didiagnosis dengan COVID-19 dan membantu mencari kemudahan kesihatan terdekat bagi pemeriksaan dan rawatan COVID-19. Aplikasi ini juga banyak digunakan di negara ini untuk mendaftar masuk ketika mengunjungi tempat baru melalui kaedah pengimbasan kod QR dan sekarang juga digunakan untuk pendaftaran program vaksin COVID-19 negara.[3][4]

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ "MySejahtera application to assist in monitoring COVID-19". Bernama. 21 April 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 June 2021. Dicapai pada 22 June 2021.
  2. ^ Kaos, Jr., Joseph (19 November 2020). "Covid-19: Over 9k cases in M'sia tracked via MySejahtera app". The Star. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 November 2020. Dicapai pada 19 November 2020.
  3. ^ "MySejahtera". Kerajaan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 May 2021. Dicapai pada 21 June 2021.
  4. ^ Wong, Alexander (8 April 2021). "Here's how MySejahtera will notify you about your Covid-19 vaccine appointment". Malay Mail. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 June 2021.

Pautan luar

  • Twitter MySejahtera
  • l
  • b
  • s
Lokasi
Negeri dan wilayah
Acara
Tindak balas
Dasar
Tokoh
Kerajaan
Penyelidik
Dijangkiti
Institusi
Kerajaan
Pusat kawalan penyakit
Hospital dan pusat rawatan
Pertubuhan
Syarikat
Pertubuhan bukan kerajaan
Isu dan kesan
Budaya masyhur
Filem
Televisyen
Muzik