Mickey Mouse Clubhouse
Mickey Mouse Clubhouse | |
---|---|
Format | Siri animasi |
Pencipta | Roberts Gannaway |
Pengarah | Rob LaDuca Donovan Cook |
Dibintangi oleh | Bret Iwan (2009-kini) Wayne Allwine (2006-2009) Tony Anselmo Russi Taylor Bill Farmer Tress MacNeille |
Negara asal | Amerika Syarikat |
Bahasa | Inggeris Malaysia |
Bilangan episod | (Senarai episod) |
Penerbitan | |
Tempoh siaran | 24 minit |
Syarikat penerbitan | Walt Disney Television Animation |
Penyiaran | |
Saluran asal | (Inggeris) Disney Channel's Playhouse Disney Disney Junior (Malaysia) TV2 |
Format gambar | HD: 1080i/720p Diterbitkan dalam formet HD 16:9, dipangkas kepada 4:3 di kebanyakan negara. |
Format audio | Stereo |
Siaran asal | 5 Mei 2006 (2006-05-05) – 6 November 2016 (2016-11-06) |
Status | dalam penerbitan |
Laman sesawang |
Mickey Mouse Clubhouse ialah sebuah siri televisyen kanak-kanak yang disiarkan di Disney Channel seantero dunia mulai 5 Mei 2006 di Amerika Syarikat. Rancangan ini ternaung di bawah Mickey Membawa Mereka jenama rancangan tontonan kanak-kanak prasekolah harian, Playhouse Disney. Pernah ditayangkan di Malaysia melalui saluran RTM 2.
Premis
Siri ini dibintangi oleh Mickey Mouse, Minnie Mouse, Donald Duck, Daisy Duck, Goofy, dan Pluto, yang tertumpu pada interaksi bersama penonton untuk merangsang kemahiran menyelesaikan masalah. Pete, Clarabelle Cow, Ludwig Von Drake, Chip 'n Dale, Willie the Giant, Butch, Figaro the Kitten, Humphrey the Bear, Salty the Seal, dan Mortimer Mouse turut mempuat penampilan sebagai tetamu.
Pihak Disney menyatakan bahawa setiap episod menyaksikan watak-wataknya membantu kanak-kanak "menyelesaikan masalah yang sesuai dengan umur mereka, dengan
memanfaatkan kemahiran asas seperti mengenal pasti bentuk dan mengira sampai sepuluh." Siri ini menggunakan "kurikulum 'seluruh anak' Playhouse Disney yang merangkumi peluang pembelajaran yang kognitif, sosial dan kreatif."[1] Sebaik sahaja masalah yang dialami dalam suatu episod dijelaskan, Mickey menjemput para penonton supaya mengikutnya ke Mousekadoer, sebuah komputer gergasi berbentuk kepala Mickey yang fungsi utamanya adalah mengedarkan Mousekatools, sehimpunan aneka baranf yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah hari ini, kepada Mickey. Setelah ditunjukkan kepada Mickey di skrin Mousekadoer, alat-alat tersebut segera dimuat turun ke dalam Toodles, sebuah peranti sambungan Mousekadoer berbentuk kepala Mickey juga yang boleh terbang. Dengan memanggil "Oh Toodles!", Mickey menyeru peranti itu untuk meluru dari tempat bersoroknya ke kaca TV supaya penonton boleh memilih alat mana yang diperlukan oleh Mickey dalam keadaan semasa.[2][3] Salah satu daripada alat-alat tersebut ialah "Mystery Mouskatool", iaitu alat rahsia yang dilambangkan oleh tanda soal.
Watak dan pelakon suara
Watak utama
Watak | Bahasa Inggeris | Bahasa Malaysia |
---|---|---|
Mickey Mouse | Wayne Allwine (2006–09) Bret Iwan (2009–) | Khir Rahman |
Minnie Mouse | Russi Taylor | Rozita Mohamed |
Donald Duck | Tony Anselmo | ? |
Daisy Duck | Tress MacNeille | ? |
Goofy | Bill Farmer | Sharizan Borhan |
Pluto | Bill Farmer | ? |
Watak sampingan
Watak | Bahasa Inggeris | Bahasa Malaysia |
---|---|---|
Toodles | Rob Paulsen | ? |
Pete | Jim Cummings | ? |
Ludwig Von Drake | Corey Burton | Kee Thuan Chye |
Rujukan
Pautan luar
- Tapak web rasmi
- Mickey Mouse Clubhouse di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)
- Mickey Mouse Clubhouse di TV.com
- Mickey Mouse Clubhouse Wiki