Indira Gandhi
Indira Gandhi इंदिरा प्रियदर्शिनी गांधी | |
---|---|
Perdana Menteri India ke-3 dan ke-6 | |
Dalam jawatan 15 Januari 1980 – 31 Oktober 1984 | |
Presiden | Neelam Sanjiva Reddy Giani Zail Singh |
Didahului oleh | Choudhary Charan Singh |
Digantikan oleh | Rajiv Gandhi |
Dalam jawatan 19 Januari 1966 – 24 Mac 1977 | |
Presiden | Sarvepalli Radhakrishnan, Zakir Hussain, Varahagiri Venkata Giri, Muhammad Hidayatullah, Varahagiri Venkata Giri, and Fakhruddin Ali Ahmed |
Didahului oleh | Gulzarilal Nanda |
Digantikan oleh | Morarji Desai |
Menteri Hal Ehwal Luar Negara India | |
Dalam jawatan 9 Mac 1984 – 31 Oktober 1984 | |
Didahului oleh | Pamulaparthi Venkata Narasimha |
Digantikan oleh | Rajiv Gandhi |
Dalam jawatan 21 Ogos 1967 – 14 Mac 1969 | |
Didahului oleh | Mahommedali Currim Chagla |
Digantikan oleh | Dinesh Singh |
Menteri Kewangan India | |
Dalam jawatan 26 Jun 1970 – 29 April 1971 | |
Didahului oleh | Morarji Desai |
Digantikan oleh | Yashwantrao Chavan |
Butiran peribadi | |
Lahir | (1917-11-19)19 November 1917 Mughalsarai, Wilayah Bersatu, India British |
Meninggal dunia | 31 Oktober 1984(1984-10-31) (umur 66) New Delhi, India |
Parti politik | Kongres Kebangsaan India |
Pasangan | Feroze Gandhi |
Anak-anak | Rajiv Gandhi dan Sanjay Gandhi |
Indira Priyadarshini Gandhi (Hindi: इंदिरा प्रियदर्शिनी गांधीcode: hi is deprecated ) (19 November 1917 - 31 Oktober 1984) ialah Perdana Menteri India selama tiga penggal berturut-turut dari tahun 1966 hingga 1977 serta penggal keempatnya mulai tahun 1980 sehingga dibunuh pada tahun 1984. Beliau ialah perdana menteri wanita yang pertama dan satu-satunya dalam sejarah India. Beliau dikenali kerana menubuhkan satu pemerintahan diktator dengan mengisytiharkan Darurat setelah sebuah mahkamah membatalkan pemilihan beliau pada tahun 1975, serta memenangi Operasi Bintang Biru menentang kumpulan militan Sikh yang akhirnya membawa kepada pembunuhan beliau.
Indira yang lahir dalam dinasti Nehru yang berpengaruh dalam politik ini membesar dalam suasana yang diselubungi politik. Datuk beliau Motilal Nehru adalah seorang pemimpin nasionalis India yang sohor. Sekembalinya ke India dari Universiti Oxford pada tahun 1941, beliau telribat dalam gerakan kemerdekaan India.
Pada 1950-an, beliau secara tidak rasminya menjadi pembantu peribadi bapa beliau yang ketika itu menjadi Perdana Menteri India yang pertama. Selepas kematian bapa beliau pada tahun 1964, beliau dilantik sebagai seorang ahli Rajya Sabha oleh Presiden India dan menjadi seorang ahli Kabinet Lal Bahadur Shastri sebagai Menteri Penerangan dan Penyiaran[1].
Setelah dipilih menjadi Perdana Menteri oleh orang dalam Parti Kongres selepas kematian Shastri, Gandhi kemudiannya menunjukkan kebolehan beliau untuk memenangi pilihanraya dan mengatasi lawan-lawannya melalui populisme. Beliau memperkenalkan banyak lagi dasar ekonomi sayap kiri dan memupuk produktiviti pertanian. Kemenangan besar dalam perang menentang Pakistan pada tahun 1971 disusuli satu zaman huru-hara yang menyebabkan beliau mengenakan Darurat pada tahun 1975; akibat pemerintahan autoritarian yang berlebih-lebih, beliau menerima padah kehilangan kuasa kepada pembangkang selama tiga tahun.
Sekembalinya ke jawatan perdana menteri pada tahun 1980, belaiu semakin banyak terlibat dalam satu konflik menjadi-jadi menentang golongan pemisah di Punjab yang akhirnya menagkibatkan beliau dibunuh oleh penjaga keselamatan sendiri pada tahun 1984.
Rujukan
- ^ Gandhi, Indira. (1982) My Truth
Pautan luar
- Obituary, NY Times, November 1, 1984 Assassination in India: A Leader of Will and Force; Indira Gandhi, Born to Politics, Left Her Own Imprint on India
- Website
- nehru family.htm[pautan mati kekal]
Bacaan lanjut
- Ved Mehta, A Family Affair: India Under Three Prime Ministers (1982) ISBN 0-19-503118-0
- Pupul Jayakar, Indira Gandhi: An Intimate Biography (1992) ISBN 978-0-679-42479-6
- Katherine Frank, Indira: the life of Indira Nehru Gandhi (2002) ISBN 0-395-73097-X