Ezzrin Loy

Ezzrin Loy
Kelahiran
Ahmad Ezzrin Loy bin Ahmad Sabri

(1997-06-30) 30 Jun 1997 (umur 26)
Kuala Lumpur, Malaysia
PekerjaanPelakon, penyanyi
Tahun aktif2008–kini
Ibu bapaAhmad Sabri Hj Ariffin (bapa) Filzah Yusoff (ibu)
SaudaraEzzraa Loy (abang)
Elfira Loy (kakak)
Ezlisa Loy (kakak)
Evvraa Loy (adik)

Ahmad Ezzrin Loy Ahmad Sabri (Jawi: احمد ايززرين لوي) merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia. Beliau mula dikenali menerusi watak sebagai Ayyad dalam siri komedi Ayyad yang ditayangkan di TV3 pada tahun 2008. Dua kakaknya iaitu Elfira Loy dan Ezlisa Loy juga merupakan seorang pelakon.[1]

Kehidupan awal

Ahmad Ezzrin Loy dilahirkan pada 30 Jun 1997 di Kuala Lumpur. Beliau merupakan anak keempat bagi lima orang bersaudara dan mempunyai darah keturunan Melayu, Cina dan Arab. Bapanya merupakan pemilik dan Pengarah Projek Pusat Pengajian Islam dan Maahad Tahfiz Bustanul Haji Ariffin, Kuala Kangsar, Perak. Ibunya merupakan pengurus kepada beberapa selebriti dan model Malaysia.

Kerjaya

Lakonan

Selain banyak muncul menerusi watak komedi, Ezzrin pernah mendapat pujian apabila berjaya membawa peranan yang lebih mencabar seperti kanak-kanak hiperaktif dalam drama Nenek Dara serta persembahan mengejutkan dalam drama Anak Rintih. Beliau turut muncul dalam siri TV, Qalesya yang turut dibintangi kakaknya.

Beliau juga pernah membintangi sebuah telemovie terbitan Astro Ria berjudul Biar Mimpi Sampai Ke Bintang yang turut dibintangi oleh Elfira Loy dan Randy Pangalila dari Indonesia.

Duta jenama

Puma dan Nike

Ezzrin telah mengikat kontrak bersama salah satu jenama terkenal dunia iaitu Puma sejak di usia remajanya lagi sehingga ke usia 20-an. Lebih menguntungkan, apabila beliau juga telah ditaja oleh jenama Nike Malaysia.

TaylorMade Golf

Beliau telah disunting untuk berkolaborasi dengan jenama golf mewah dunia iaitu TaylorMade Golf. Hal ini berikutan dengan gaya hidupnya yang suka meluangkan masa untuk bermain golf bersama keluarganya dan rakan-rakan pada hujung minggu.

Perniagaan

Pada 2017, Ezzrin bekerjasama dengan kakaknya Elfira Loy mengeluarkan sebuah jenama pakaian iaitu Twinkel By EL.

Filemografi

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2008 Ayyad Ayyad TV3 Drama pertama
2009 Nenek Dara
Aloy
Permata Hati
2010 Qalesya Harun Astro Prima Musim kedua
Rafeeq Arif Astro Ceria
2011 Kum Kum
2012 Oh My English! Faiz Astro TVIQ Musim pertama
2014 Astana Cinta Aleesa Azmeer TV9
2021 Melastik Ke Hatimu Nadim TV3
Keluarga Instafamous Usop Awesome TV
2022 Ku Punya Hati Angah TV3
Kids Nowadays Farhan Astro Ria
The Pak Mat Clan Jay TV3
2023 Kami Budak Band Aiman
Melastik Ke Hatimu 2 Nadim
Cik Lang Swe Ponti Dol Tonton

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2010 Anak Rintih Dino Astro Prima
2011 Biar Mimpi Sampai Ke Bintang Astro Ria
Tangisan Langsuir Aiman Astro Prima
2012 Cucu Tok Aki Astro Ceria
2020 Munajat Terhenti TV2

Televisyen

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2013 Destinasi Ria Dirinya Sendiri Astro Ria & Manggis TV Artis undangan (bersama adik beradiknya); Episod 4: "Hong Kong"
2016 Lari: Misi Mr.X TV9

Teater

Tahun Tajuk Watak Catatan
2006 Ali Baba Penyamun

Siniar

Tahun Tajuk Peranan Catatan
2024 Sembang Studio - Shiffiting Gear Artis Jemputan bersama Amelia Henderson

Diskografi

Single
Tahun Tajuk Penyanyi Undangan Catatan
2023 "Sayonara" Ariff Bahran dan Kucaimars OST Kami Budak Band

Pautan luar

  1. ^ http://www.sinarharian.com.my/hiburan/muat-naik-foto-berjenama-ezzrin-loy-dikecam-netizen-1.851703