Budak Tebing

Budak Tebing ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2020 arahan Feroz Kader. Drama ini dibintangi oleh Aedy Ashraf, Adam Lee, Muhamad Fariz Isqandar, Bella Dowanna, Eyka Farhana dan Firdaus Ghufran. Siri drama ini memulakan tayangan di Slot Lestary, TV3 bermula 11 Mac 2020 menggantikan Bukan Kahwin Paksa.

  • Drama
  • cinta
  • konflik
  • keluarga
  • persahabatan
  • saspens
Ditulis oleh
  • PGRs Team
  • Amka Ahmad
  • Janjira
  • Sofia J. Rhyland
  • Shah Rizal Mansur
Pengarah
  • Feroz Kader (musim 1–2)
  • Nizam Zakaria (musim 3–4)
Dibintangi oleh
Lihat di bawahLagu pembukaanSakit - Yonnyboii ft. Zynakal (musim 1)
CIAO - Joe Flizzow ft. MK K-Clique & Jay Park (musim 2)
Beli Jiwa - Zynakal (musim 3)Negara asalMalaysiaBahasaMelayuBilangan musim4Bilangan episod52PenerbitanPenerbit eksekutifSyawal AimanPenerbitJalena RejabPenyunting
  • Azizul Hafiz
  • Farhan Arsad
  • Ros Adibah Rahmat
LokasiTempoh siaran41–42 minit
Syarikat penerbitan
Country & UniversalPenyiaranSaluran asalTV3Format gambarFormat audioDolby DigitalSiaran asal11 Mac 2020 (2020-03-11) – 4 Januari 2023 (2023-01-04)KronologiMengikuti Diikuti oleh

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[1][2]

Ringkasan siri

SiriEpisodTayangan asal
Tayangan pertamaTayangan terakhirRangkaian
11311 Mac 2020 (2020-03-11)9 April 2020 (2020-04-09)TV3
21318 Jun 2021 (2021-06-18)9 Julai 2021 (2021-07-09)
31314 Disember 2022 (2022-12-14)4 Januari 2023 (2023-01-04)

Musim 1 (2020)

Mengisahkan tentang Arif yang baru pulang dari menjalani hukuman di Henry Gurney atas kesilapan lampaunya. Dia merupakan anak yang bijak dan menjadi kesayangan ibunya Aida, manakala adiknya Yoyol, menganggap Arif sebagai idola. Semasa kecil, dia dan rakan-rakannya banyak menghabiskan masa di sebuah tebing di kampung mereka sehingga mendapat gelaran ‘budak tebing’.

Namun semuanya hanya tinggal kenangan disebabkan peristiwa hitam yang telah berlaku di tebing itu. Kini, Aida membenci Arif yang dianggap telah menconteng arang di mukanya. Arif mencuba sedaya upaya untuk menebus balik kesilapan lalu tetapi usaha Arif sia-sia. Kehidupan perit yang terpaksa dilalui oleh Munira (Ira) yang dilahirkan tanpa mengetahui identiti bapa sendiri kerana ibunya bekerja sebagai pelacur. Ira yang baru mengenali ahli di dalam geng ‘budak tebing’ mula merasakan kehidupan yang lebih baik bersama rakan-rakan dan keluarga angkat yang ikhlas menerimanya.

Tanpa geng ‘budak tebing’ ketahui, Ira sebenarnya menyimpan rahsia besar melibatkan Arif, Tongki dan Yoyol. Dapatkah mereka menerima kenyataan perit yang terbuku selama ini? Atau adakah hubungan ‘budak tebing’ akan retak kerana kesilapan lampau?

Musim 2 (2021)

Kisah kesinambungan Budak Tebing dimana Tongki, Arif dan Talam terpaksa meneruskan kehidupan masing-masing setelah gagal ke Pulapol (Pusat Latihan Polis). Tongki menjaga ayahnya sambil bekerja namun dia sering disabotaj, manakala Arif menghadapi kesulitan berhadapan dengan Yoyol yang enggan menerima kepulangan Afendi, ayah mereka yang muncul secara tiba-tiba.

Laura membuat keputusan tidak ke London dan cuba mencari ibu kandungnya manakala Ira cuba membantu menyelesaikan masalah dua orang kanak-kanak gelandangan dan akhirnya membawa kepada pendedahan sindiket dan dendam terhadap Budak Tebing.

Musim 3 (2022–2023)

Budak Tebing kini memasuki alam dewasa dan berhadapan dengan cabaran hidup yang lebih besar. Arif menjadi lebih serius sehingga membuatkan Talam yang bekerja dengannya rasa tertekan. Hubungan Arif dengan Yoyol juga tidak seperti dulu. Arif kerap naik angin apabila Yoyol banyak menghabiskan masa di Tebing. Malah dia turut melarang Yoyol untuk berkawan dengan sesiapa sahaja.

Kemunculan Kylo yang mendakwa dirinya ialah adik tiri kepada Tongki ingin menyatukan semula budak-budak tebing. Namun, keadaan itu disalahtafsirkan oleh Arif. Pada masa yang sama, muncul Badas yang kerap datang ke tebing. Badas mendekati Kylo dengan mengakui dirinya ialah teman rapat kepada arwah ayah Tongki. Arif dan Kylo berselisih faham lagi kerana masing-masing menganggap Badas sebagai ayah angkat. Siapakah Badas sebenarnya dan apakah motif Badas mendekati budak-budak tebing ini? Adakah Arif menerima Kylo sebagai seorang sahabat atau lawan?

Pelakon

Pelakon Watak Episod Pertama Episod Terakhir
Adam Lee Arif S01 EP1 S04 EP13
Aedy Ashraf Tengku Bakri (Tongki) S01 EP1 S03 EP2
Bella Dowanna Laura S01 EP1 S02 EP13
Eyka Farhana Munira (Ira) S01 EP1 S04 EP13
Fariz Isqandar Amirul (Yoyol) S01 EP1 S02 EP13
Izz Ilham S03 EP1 S04 EP13
Firdaus Ghufran Talam S01 EP1 S04 EP13
Nelissa Nizam Maria S02 EP1 S04 EP13
Nabil Aqil Kylo S03 EP1 S03 EP13
Nia Atasha Husna S03 EP6 S03 EP13
Alex Afian Kamarudin S01 EP2 S03 EP13
Fauzi Nawawi Afendi S02 EP1 S02 EP13
Imran Aqil Pijoy S02 EP1 S02 EP10
Syafie Naswip Paan S02 EP2 S02 EP9
Syazwan Zulkifly Abang Lan / Broger S01 EP4 S01 EP13
Pablo Amirul Pablo S02 EP1 S02 EP13
Azhar Sulaiman Badass S03 EP2 S03 EP13
Manan Sulaiman Papa Pijoy S02 EP3 S02 EP11
Ainina Ahmad B Mama Pijoy S02 EP3 S02 EP10
Sabrina Ali Murni S01 EP1 S01 EP13
Amyza Aznan Aida S01 EP1 S01 EP13
Zarina Zainuddin Sabrina S01 EP2 S04 EP13
Shyrim Husni Pemilik Kedai Pencuci Kereta S01 EP3 S02 EP10
Ben Ladin Faliq S04 EP1 S04 EP13
Sahrul Sahar Viro S04 EP1 S04 EP13

Tema

Menurut portal Oh! Bulan, plot penceritaan Budak Tebing sarat dengan konflik, kemanusiaan, isu semasa dan kasih sayang yang perlu dijadikan teladan untuk masyarakat.[3]

Sambutan

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Media Prima Berhad, Budak Tebing telah meraih sebanyak 10 juta tontonan.[4]

Di Twitter, rata-rata netizen memberi pujian kepada pengarah Feroz Kader kerana menghasilkan satu karya yang luar biasa dan sesuai dengan generasi masa kini. Pada masa yang sama, Tweet netizen ini turut dibalas oleh pelakon utama, Aedy Ashraf, yang mengucapkan ribuan terima kasih buat penonton yang menonton Budak Tebing.[3]

Penarafan

PENARAFAN TV NIELSEN AUDIENCE MEASUREMENT
EPISOD PERTAMA EPISOD AKHIR ATAS TALIAN JUMLAH TONTONAN SUMBER
5 juta
9 juta
10 juta
[5]

Rujukan

  1. ^ Budak Tebing (2020): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 10 April 2020.
  2. ^ Kenneth Chaw (15 April 2020). ‘Budak Tebing’ and other great Malaysian drama you can stream for free The Star Online. Dicapai pada 1 Ogos 2020.
  3. ^ a b Sarat dengan konflik dan iktibar, penonton mahukan drama Budak Tebing 2 selepas ini Oh! Bulan (10 April 2020). Dicapai pada 11 April 2020.
  4. ^ Media Prima's digital platforms hit new highys during MCO New Straits Times (1 April 2020). Dicapai pada 10 April 2020.
  5. ^ Syafiqa Irdina (17 April 2020). "Padu! Budak Tebing cecah 10 juta tontonan, kini giliran The Gadis tawan Slot Lestary". XTRA. Dicapai pada 30 April 2020.
  • l
  • b
  • s
Siri drama TV3
1980-an
1990-an
2000-an
2010-an
2020-an
1Slot yang ditamatkan.