Adidas Jabulani


Adidas Jabulani bola bagi Piala Dunia FIFA 2010. Bola tersebut, dici[ta oleh pengeluar barangan sukan Adidas, telah dibangunkan di Loughborough University, United Kingdom, dan telah dipamerkan di Cape Town, Afrika Selatan pada Disember 4, 2009. Jabulani bermakna "ceria" atau "membawa kegirangan dan kegembiraan" di dalam bahasa Zulu. Versi bola berwarna emas, Jo'Bulani, digunakan untuk perlawanan akhir Piala Dunia.

Bola berkenaan juga telah digunakan sebagai bola perlawanan bagi was also used as the match ball of Piala Dunia Kelab FIFA 2009 di Emiriah Arab Bersatu, dan sebagai satu versi khas bola berkenaan, Jabulani Angola, merupakan bola perlawanan Piala Negara-Negara Afrika 2010. Bola ini juga telah digunakan di dalam Pertandingan Clausura 2010 Argentina malahan juga di dalam musim MLS 2010 di AS dan Canada di dalam warna-warna biru dan hijau liga.

Ciri-ciri teknikal

Piawai FIFA yang dipersetujui[1] Pengukuran Jabulani[1]
Ukurlilit 68.5–69.5 cm 69.0 ± 0.2 cm
Diameter ≤ 1.5% perbezaan ≤ 1.0% perbezaan
Penyerapan Air ≤ 10% berat bertambah ~ 0% berat bertambah
Berat 420 - 445 g 440 ± 0.2 g
Ujian Rebound ≤ 10 cm ≤ 6 cm
Kehilangan tekanan ≤ 20% ≤ 10%

Lihat juga

  • Adidas Kopanya, bola perlawanan rasmi bagi Piala Konfederasi FIFA 2009.
  • Adidas Teamgeist, bola perlawanan rasmi bagi Piala Dunia FIFA 2006.
  • Adidas Fevernova, bola perlawanan rasmi bagi Piala Dunia FIFA 2002.

Rujukan

  1. ^ a b Zarda, Brett (2010-06-05). "The Science Behind Jabulani, Adidas's 2010 World Cup Soccer Ball". Popsci.com. Dicapai pada 2010-06-17.

Pautan luar

  • Pendedahan Adidas Jabulani Diarkibkan 2013-12-13 di Wayback Machine di dalam laman FIFA
Didahului oleh
Adidas Teamgeist
Bola Rasmi Piala
2010
Diikuti oleh:
Adidas Brazuca